Skip to main content

Posts

Poligami Atas Nama Takdir

| Poligami Atas Nama Takdir |
Dua hari lepas semasa di dalam usrah, seorang sahabat saya berkongsi dengan teman-teman usrah yang lain tentang jalan cerita kisah poligami yang Allah hadirkan dalam hidup kami. Sahabat itu isteri kedua juga seperti saya.
Ketika masih bujang lama dulu, saya meminta pandangan sahabat itu tentang situasi saya untuk menjadi isteri kedua. Sebagai sahabat yang baik, dia agak berat untuk menyokong atas sebab-sebab yang diberikan kepada saya.. lagi 2 sahabat rapat kami juga tidak bersetuju saya menerima bakal suami saya dan melangkah ke alam poligami atas pandangan masing - masing.
Saya sangat hormati dan hargai pandangan mereka itu, kerana kebimbangan mereka itulah yang menjadikan saya mencari ilmu poligami, serta menguatkan sandaran kepada Allah yang maha memberi kekuatan dan pertolongan. Saya tahu mereka turut mendoakan yang terbaik. Saya juga bimbang dan berdebar dengan keputusan menjadi isteri kedua.
Namun siapa menyangka, pengetahuan kita tentang masa depan sa…
Recent posts

Mencari hadiah Ekslusif untuk yang tersayang..? Diffuser..!

Young Living Diffuser & Essential Oils (EO) sebagai hadiah eksklusif untuk yang tersayang <3 span=""> =====
Hari itu bila sembang-sembang dengan bakal pengantin, saya cadangkan bakal isteri itu buat persiapan bilik tidur agar cantik, bersih dan wangi segar.. saya cadangkan beliau menggunakan diffuser ini..! Hadiahkan kepada diri sendiri dan suami..! 🎁

Terfikir nak kongsi dengan kalian juga produk yang bagus berkualiti ini <3 span="">
Jadi kalian Mencari hadiah istimewa untuk isteri dan anak anak tercinta? Atau untuk teman teman baik yang bakal berumahtangga?
Hadiahkan EO Diffuser (penyegar udara) ini berserta pilihan EO asli yang pelbagai jenis lagi penuh khasiat..!
Alhamdulillah :D   selama ni saya tercari cari air freshener untuk gunakan dalam bilik, untuk bau wangi sedap lagi menyihatkan udara tanpa bahan kimia merbahaya- sekarang dah jumpa yang terbaik..!

Lavender dan Lemon EO yang pure ini Allah jadikan ada molekul halus yang membantu tubuh dan minda…

Essential Oil : Anugerah istimewa Tuhan buat insan

Alhamdulillah pada petang 12 DISEMBER 2016 yang lepas, saya berkesempatan menghadiri Essential Oil for Family Wellness sharing yang dikendalikan oleh jiran saya Kak Imah dan tuan rumah, Nani. Saya semangat nak datang sebab suka berkumpul dengan jiran dan sebab ada special guest iaitu Teacher Watie (Norhidawati Abdul Aziz).. Saya dah lama follow teacher watie untuk mengenali essential oil (EO),mengikuti cerita beliau yang sampai ke ladang lavender dan ladang Young Living di USA sana.. saya juga berniat untuk menjadi pengguna tetap dan jadi ahli Young Living satu hari nanti insyaALLAH!
Apakah essential oil itu...?
Bahasa mudah yang saya faham, EO adalah cecair terbaik dari satu tumbuhan, pelindung untuk sesuatu tumbuhan dalam masa yang sama - ada khasiat tersendiri untuk penyembuhan fizikal, mental dan emosi manusia. dan Young Living adalah syarikat yang mengeluarkan EO dengan gred terapi yang paling baik. Saya syukur dan gembira mendengar sharing teacher Watie yang banyak input dan dapat…

Poligami: Proses Peneguhan Jiwa

Poligami : Proses meneguhkan hati <3 span="">

Saya membaca sebentar tadi perkongsian seorang teman bahawa Hamka menyebut tentang poligami itu memerlukan jiwa yang besar dan hati yang kuat..

Memang benar..! 

Saya sangka, bila saya melangkah masuk ke alam poligami sebagai isteri kedua - saya sudah kuat jiwa. Namun rupanya, poligami itu sendiri lah proses yang Allah anugerahkan untuk saya meneguhkan jiwa.

Menerima suami dan isteri pertama, jiwa isteri kedua perlu faham Bahawa suami ada tanggungjawab besar pada isteri dan anak anak sedia ada. Kalau jiwa saya kecil, saya akan bermasam muka dan menjeruk rasa tak selesa dengan kehadiran madu. Alhamdulillah Allah banyak mendidik hati ini dengan jalan poligami.

Bila saya membenarkan suami berkahwin lagi dengan isteri ketiga, rupanya itu juga wasilah atau cara menguatkan hati.

Saya ingat diri saya ini seorang yang bertenang saja dan tak cemburu, tapi bila terdengar suami cakap lembut lembut dan baik baik dengan madu, hati tercuit cemb…

Membantu orang lain dan mengharap balasan hanya dari ALLAH

Moga hari ini saya dan sahabat yang dikasihi semua lebih tenang dan lebih memperbaiki diri <3 span="">Niatkan untuk lebih banyak ingat Allah, lebih sabar, lebihkan senyuman dan kata kata baik, lebihkan membantu orang lain..

Kita belajar dari kesilapan dan kelemahan semalam. Kita jangan putus asa dalam memperelok diri dan terus berusaha mendapat redha Allah. :)

Kita juga pasti akan bahagia bilamana berusaha memperelok hubungan dengan ibu ayah, dengan suami /isteri, dengan madu, dengan anak anak dan ahli keluarga serta teman teman sekeliling..

=====

Hadis di bawah ini motivasi untuk kita membawa kebaikan pada orang lain <3 span="">

”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah ? Dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?”

Rasulullah saw menjawab,”

Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat kepada manusia;

dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau berikan ke dalam diri seorang muslim;

atau engka…

Menjadi surirumah yang mengingati ALLAH

Bila setiap hari dari pagi ke malam mengurus anak dan rumah, kadang rasa serabut dan lupa kenapa diriku memilih kerjaya di dalam rumah ^_^

Terima kasih Allah, mendatangkan semula coretan tazkirah buat diri ini melalui memori fb <3 span="">

Beberapa tazkeerah dari sahabat-sahabat SAHM/surirumah, semoga bermanfaat juga untuk semua:

Bagaimana untuk menghidupkan rumah dan keluarga yang hidup dengan spiritual/ ruhiyyah yang tinggi- antaranya;

1. Merutinkan tilawah, tadabbur dan solat sunat agar rumah tidak sunyi sepi/seperti kuburan..

2. Mengingatkan diri sendiri,ahli keluarga, suami dan anak anak bahawa kita ini sentiasa, sentiasa dan sentiasa dalam nikmat Allah yang Maha Agung.

3. Perbaharui niat, bersihkan hati, mantapkan pengurusan - agar rutin mengurus rumahtangga dan anak anak menjadi ladang amal soleh yang bernilai di sisi Allah.

4. Melazimkan zikir pagi dan petang yang ma'thur agar mendapat perlindungan dari syaitan, mendapat pertolongan Allah, memperoleh ketenangan ha…

Menjadi insan yang memahami lagi penuh belas kasihan

Alhamdulillah terima kasih Tuhan atas nikmat kehidupan yang Kau berikan satu hari lagi.
Hidup tidak dapat lari dari ujian dan konflik. Konflik akan lebih berat dengan insan yang rapat dalam kehidupan seharian seperti pasangan, anak, ibu ayah, pembantu rumah, perkerja, majikan.. 
2 ciri baik yang boleh disuburkan di jiwa ialah sifat memahami dan belas kasihan - teramat penting di saat berkonflik - agar diri mampu memahami perasaan insan yang sedang kita berkonflik dan dari situ kembali memohon maaf, memberi maaf dan merawat semula rasa sayang dan hormat <3 span="">
Kita manusia.. akan tersalah cakap dan kasar bersikap hingga melukakan hati insan tersayang. Bila situasi bertenang, muhasabah diri dan jadilah hamba Allah yang memahami, memohon maaf dan lembut hati lagi belas kasihan.. insyaAllah Dia akan mempertaut semula hati yang menjauh.
Saya memohon maaf pada semua di antara kalian yang telah saya sakiti tanpa sedar.. moga ALLAH mempertaut hati kita semua..
Moga hati ha…